Memikirkan apa itu Cinta,
Cinta bukan datang dan pergi,
Cinta bukan sekuntum bunga,
Yang dulunya mekar,
Dan sekarang layu dihembus pilu.
Tali yang menjerut sekeliling ku,
Mengikut jejak dan langkah,
Yang dialun sang Cinta,
Alunan yang kekadang memakan diri.
Tidak ku gerti,
Apa rentak dan nada yang ingin disampaikan,
Bukan ku tidak mahu merentap tali yang mengalun jasadku,
Tetapi Cinta yang memaksaku,
Mengikut jejak dan langkah yang di alunkan.
Langkah ku terhenti,
Nada ku menyepi,
Hanya Cinta menguasai...
No comments:
Post a Comment